Terengganu
Kemenangan pertama saya di FIM MINIGP WORLD SERIES 2024 selepas tahun kedua saya di peringkat antarabangsa. Syukur alhamdulillah walaupun banyak halangan dan liku liku, saya berjaya meraih podium 3 selepas bermula di starting grid 16. Ini pengalaman yang saya tak boleh lupakan sepanjang karier di MiniGP.
Awal permulaan karier saya sebagai seorang rider MiniGP. Bermula dengan minibike ketika berumur 5 tahun. Di sini lah titik permulaan saya untuk menjadi seorang rider. Diberi pendedahan awal oleh minibike dengan cara tunggangan dan format perlumbaan. Bermula bermain ketika umur 5 tahun sehingga umur 9 tahun. Banyak kejohanan saya meraih podium dan pengalaman yang amat berguna
Ketika ini saya berjaya meraih "Overall Champion" buat kali pertama di SIC Ohvale Championship pada tahun 2022. Saya bermula pada tahun 2021. Dan pada tahun kedua, saya berjaya raih juara keseluruhan. Walaupun banyak saingan rider yang bagus pada ketika itu. Saya berjaya melakukannya dan menjadi yang terbaik antara mereka. Ini telah menjadi satu imbuhan yang besar dalam karier saya untuk teruskan menjadi seorang rider pada masa hadapan.
Kenangan yang paling manis sepanjang karier saya, bersama jentera pertama dan podium pertama dalam minibike. Waktu awal mula mendedahkan diri dalam sukan permotoran, ini adalah "First Moment" saya di bidang ini pada tahun 2018
Pada tahun 2024, saya berjaya meraih podium 1 berganda di track kegemaran saya iaitu Morac Adventure Park Langkawi. Berjaya mengatasi pelumba dari vietnam yang sentiasa mengekori belakang saya. Tapi saya berjaya meraih podium 1 di kedua dua perlumbaan. Litar ini adalah salah satu litar kegemaran saya sepanjang ZK Racing Team menganjur perlumbaan ini. Litar ini dipanggil "Tactical Track" yang mana skill individual sangat penting, kerana banyak selekoh-selekoh yang perlukan kemahiran teknikal dan timing yang betul untuk melakukan pergerakan badan dan "take action".
