The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
FIM MiniGP Malaysia
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
FIM MiniGP Malaysia
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
FIM MiniGP Malaysia
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
FIM MiniGP Malaysia
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
FIM MiniGP Malaysia
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
FIM MiniGP Malaysia
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
FIM MiniGP Malaysia
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
FIM MiniGP Malaysia

QABIL IRFAN KEEMPAT TERBAIK DUNIA

Home » QABIL IRFAN KEEMPAT TERBAIK DUNIA

Valencia, Sepanyol, 13 November 2025 – Impian pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan, untuk menaiki podium MotoMini FIM World Final berkecai selepas terlibat dalam insiden kemalangan di selekoh terakhir perlumbaan Super Final di Litar Ricardo Tormo, di sini semalam.

Meskipun begitu, pelumba berusia 13 tahun itu tetap mengharumkan nama negara apabila menamatkan kempen di kedudukan keempat terbaik dunia bagi kategori MotoMini 190cc dan merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan.

Pada saingan penentuan Super Final Race, pelumba kelahiran Terengganu itu yang bermula di petak kelima perlumbaan mempamerkan tunggangan cukup cemerlang dan memberi saingan sengit dalam kelompok hadapan sepanjang 20 pusingan perlumbaan. Ketika sedang memburu kedudukan podium pada pusingan akhir, nasib tidak menyebelahinya apabila dilanggar pelumba Britain, Ethan Trevorrow, di selekoh terakhir, sekali gus terpaksa akur menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.

Walaupun diselubungi kekecewaan, Qabil terlebih dahulu membuktikan kehebatannya apabila berjaya menaiki podium di tempat ketiga dalam perlumbaan Race 2, menebus kegagalan dalam perlumbaan Race 1 di mana beliau terjatuh ketika sedang mendahului saingan.

Sementara itu, rakan seperjuangan, Adam Aiman Ameer Ali, 13, turut menampilkan semangat juang yang tinggi untuk menamatkan saingan keseluruhan di tempat ke-15. Adam Aiman bangkit daripada kegagalan menamatkan perlumbaan Race 1 dengan meraih tempat ke-10 dalam perlumbaan Race 2 dan ke-13 dalam Super Final. Pelumba China yang mewakili MiniMoto Sepanyol, Shengbo Sun bergelar juara keseluruhan 190cc 95 mata, Dieogo Gonzalez dari Venezuela 78 mata dan Ole Sauberlich dari Jerman melengkapkan tempat ketiga 46 mata.

Dalam saingan kategori 160cc, seorang lagi wakil negara, Al-Adam Mikail Mohd Hamirul Aliff, menimba pengalaman berharga apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-11 keseluruhan, hasil kutipan mata daripada tempat ke-13 dalam perlumbaan Race 2 dan ke-10 dalam Super Final Race.
Seorang lagi pelumba cilik negara, Qasha Irfan tidak berjaya meloloskan diri ke perlumbaan utama selepas tidak melepasi sesi kelayakan apabila perlumbaan kelayakan itu ditamatkan lebih awal akibat red flag.

Pelumba Poland, Witold Dariusz Kupczynski dinobatkan sebagai juara keseluruhan selepas mengumpul 95 mata, Daniel Putorti (Itali) bergelar naib juara dengan 72 mata dan Jan Babiarz (Poland) tempat ketiga 71 mata.

 


 

MotoMini 160 FIM World Final
Result | Race 1 | Race 2 | Super Final








 


 

“Kita telah menamatkan perlumbaan MotoMini World Final di Valencia. Empat orang pelumba beraksi pada minggu ini dan Alhamdulillah, kita menamatkan perlumbaan kedua di atas podium bersama Qabil Irfan.

Namun, dalam Super Final tadi, kita agak tidak bernasib baik apabila Qabil dilanggar oleh pelumba lain. Secara keseluruhannya, minggu ini memang sangat mencabar. Ada sedikit kesilapan atau salah percaturan semasa sesi kelayakan dalam kategori 160cc.

Walau apa pun, kita tetap cuba bangkit dalam perlumbaan dan berjaya meraih satu podium untuk minggu ini. Sudah tentu saya tidak begitu berpuas hati dengan keputusan kali ini, namun saya yakin pasukan dari Sepanyol mempunyai kelebihan kerana mereka telah menjalani private test di litar ini selama tiga hari dan itu memberi mereka kelebihan yang besar.

Secara jujur, kita perlu merancang dengan lebih baik agar lebih tersusun dan bersedia untuk World Final yang akan datang. Terima kasih kepada semua yang menyokong program ini dan para pelumba kita. Juga setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelumba, ibu bapa, dan jurulatih yang bertungkus-lumus melatih anak-anak mereka. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dalam MotoMini tahun hadapan, 2026.”

Unit A22, PETRONAS Sepang
International Circuit,
Sepang Motorsport Park,
64000 Sepang, Selangor
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to ensure the accuracy and reliability of the content, FIM MiniGP Malaysia makes no warranties or representations regarding the completeness, accuracy, or reliability of any information on this site.All events, schedules, and details are subject to change without prior notice. Participation in racing activities involves inherent risks, and FIM MiniGP Malaysia, its partners, and affiliates shall not be held liable for any injuries, damages, or losses arising from participation or reliance on the information provided. By using this website, you acknowledge and agree to these terms. For official updates, always refer to our latest announcements or contact us directly.
© 2025 FIM MINIGP MALAYSIA, ALL RIGHTS RESERVED
Select your map preference
  • FIM MiniGP Malaysia