SEPANG, 23 April 2025 – Kejohanan perlumbaan motosikal akar umbi paling dinanti kini kembali! FIM MiniGP Malaysia 2025 akan membuka tirai pada 26 dan 27 April 2025 bertempat di Litar Kart Antarabangsa Sepang, Selangor dengan barisan pelumba muda berbakat tempatan dan antarabangsa bersedia untuk mencabar keupayaan masing-masing dalam pelbagai kategori.
Antara pembaharuan utama musim ini ialah pengenalan kategori perlumbaan sokongan terbaru, RCB MiniMoto Championship, yang menampilkan 13 pelumba cilik Malaysia berusia antara 6 hingga 9 tahun. Mereka akan beraksi menggunakan jentera MiniMoto Polini 40cc dalam format One Make Race, sama seperti FIM MiniGP Malaysia dan SIC Ohvale Junior Championship. Tiga pelumba terbaik keseluruhan akan layak secara automatik ke SIC Ohvale Junior Championship 2026 tanpa perlu melalui sesi pemilihan.
Kategori utama FIM MiniGP 190 menyaksikan 13 pelumba berentap, termasuk 9 pelumba Malaysia, 1 dari Indonesia dan 2 dari China. Tumpuan pastinya terarah kepada Qabil Irfan dari Terengganu, juara keseluruhan musim 2024, yang bakal mempertahankan gelarannya menentang barisan pencabar baharu dan lama. Antaranya:
Adakah Qabil mampu mengekalkan dominasinya atau bakal ditumbangkan oleh wajah-wajah baharu yang semakin menyinar?
Dalam kategori FIM MiniGP 160, sebanyak 18 pelumba dari Malaysia (13), India (1), China (2), Indonesia (1) dan Australia (1) bakal bersaing sengit. Antara nama yang mencuri perhatian adalah:
Bagi kategori SIC Ohvale Junior Championship, seramai 19 pelumba akan beraksi, terdiri daripada 11 dari Malaysia, 2 dari Indonesia, 4 dari China, serta masing-masing 1 dari Filipina dan Singapura. Tiga pelumba dari musim lalu kekal beraksi, sementara selebihnya adalah muka baharu yang telah melepasi sesi pemilihan pada Januari 2025.
Musim 2025 bukan sahaja menampilkan bakat-bakat terbaik, malah menjadi platform penting pembangunan akar umbi sukan permotoran negara.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan sendiri aksi pelumba masa depan dunia bermula di sini, di Sepang!
